Rabu, Februari 05, 2014

Migrain yang melampau :(

04/02/2014
Semakin hari melayan karenah sakit dlm kepala. Bukan tak nak check, tapi seperti biasa lah doc akan ckp migrain. mmg start dr kecik ena byk penyakit..ohh hoo.. Asthma lah, migrain la, bisul situ la sini lah.. Tp segala yang dtg tu ajar kita erti ketabahan :)





Sakit kepala byk kategori.. silah pilih..haaaa

Ade beberapa tips utk mengurangkan atau boleh menghilangkan migrain (boleh cuba) wlaupun tips ini hanya sementara. At least leh la cover sikit2 sakit tu kan... :=))


1) Rempah Ratus
Cam pelik kan...haaa bahan2 yang pedas yang ada dalam cili merah bole membantu melegakan sakit kepala semasa serangan MIGRAIN.. kire jadi ubat penahan sakit la. 


2) Rendam tangan dalam air sejuk/dingin
Korang leh rendam kedua-dua tangan dalam air sejuk/ais/dingin selagi  boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan MIGRAIN dgn cepat. kadang2 ena tak tahan sgt ena mandi air sejuk terus! puehh hati makk..haha Tapi kalau rendam tangan tu digalakkan untuk membuka dan menutup tangan semasa direndam di dalam air ok :))


3) Berada di dalam bilik gelap
haaa part ni ena paling suka bila sakit.. x kiralah MIGRAIN ke..demam ke..mmg akan dok dlm bilik & bergelap. (tp ade la samar2 sket) Dipercayai apabila cahaya tambahan dan berlebihan akan mendatangkan sakit kepala. Tak caya cuba.. bila sakit tu dtg, dok lah bertapa dalam bilik gelap & relax... sure selepas beberapa jam ia akan cool.. :)--


4) Mengambil sedikit kafein
Satu jumlah yang besar boleh menjadi tidak sihat, tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sbg ubat penahan sakit. Ambil sedikit sahaja ye kawan2.. sure akan rasa perbezaannya. Tp ena tak minum kafein..lain org lain cara.. :)))


5) Menggunakan teknik Acupressure
Salah satu teknik yang paling mudah untuk dipraktikkan.. Teknik acupressure sebenarnya dilakukan dengan melakukan sesuatu di titik tekanan anda. Ketik sebelah kanan dan kiri dahi, bahu dan bahagian dalam pergelangan tangan korang 3 kali untuk mengawal tenaga dan untuk melegakan MIGRAIN.
Selain itu, buat org Islam, kita boleh mengamalkan ayat-ayat Al-Quran yang kita tahu byk khasiatnya. Selalulah baca Ayatul Qursi :))) yang penting kita percaya kepada kelebihan yang ada pada ayat suci.



Ok. sedikit info yang ena leh share.. sebab ena juga salah seorg yang menghidap MIGRAIN Tegar. semoga sama2 kita manfaatkan. okey

Assalamualaikum :)




Rabu, Januari 15, 2014

Cara terbaik menenangkan hati :)


1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al – Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.
Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat. Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.
Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati.

2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.


Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
" Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala"
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.

Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.

Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.
3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
 - Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.

4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kecewa – Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta &  kecewa.
Kita ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan? Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)

5. Sentiasalah mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.
Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA.  He loves you no matter what =)


“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” 
( QS Ar Ra’d : 28 )
Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” 
( QS.At -Taubah : 40 )

Penutup :
Itu adalah beberapa tips yang ingin Ena kongsikan bersama anda. Ini adalah pengalaman Ena dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan. Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?

Selamat mencuba :) 

Selasa, Januari 14, 2014

Salam Maulidur Rasul :)

14/01/2013
Assalamualaikum.
Salam Maulidur Rasul 1435H. Semoga kita sentiasa memantapkan keyakinan, meningkatkan kecintaan, mencontohi perlakuan dan menghayati Al-Quran dan As Sunnah Rasulullah SAW. Berbanyakkan berselawat.. Sesunguhnya hanya baginda insan terpilih yang terbaik dari kalangan yang terbik. Bersama kita menyambut hari ulang tahun keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah SAW bersabda;

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كان هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ.
Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob RA berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya setiap perbuatan (amal) bergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya.”

Kelebihan Memuliakan Maulidur Rasul

1) Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda "Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpaman ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah"


2) Sayyidina Abu Bakar As -Siddiq RA berkata: "Sesiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam, maka sesunguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga"


3) Begitu suda As-Sirri As Saqati berkata: "Sesiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam, sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam."




Sabtu, Januari 11, 2014

Beriadah dengan nenek2 @Sungai Jahang Gopeng

11/01/2013
Hari ni baru berkesempatan jumpa ngn mai & juju... lama dh tak jumpa depa (bahasa perak utk mereka) hihi...
balik je ipoh terkuar la loghat perak.... takleh nak kontrol bile udah jumpa nenek2 kepala gila ni. Planning kiteorg nak makan Laksa yang katenye sedap sgt tu. Nasib ena lah dpt kawan2 suka explore tempat makanan...jd ena tukang jd 'Juri' merasa setiap mknan. hikhikhik.. Kebetulan kedai tu dekat ngn kawasan sungai, leh picnic2 skali ala2 celop2 kaki la... sebenarnya Sg Jahang @Gopeng ni tempat org2 yang sukakan aktiviti lasak. so byklah group yang dtg dari jauh buat event sungai kat sini..




Ini lah kome kedainye yg pemes sgt tu.. yg pemesnye Laksa...Tapi nama kedai "Mee Kari Ami" kedai ni ramai woo... bak kate mai, smpai tak ckup meja lah. Tapi tadi ena pegi org tak ramai sgt sbb dh petang kan... semangkuk RM4, penuh beb.hihi

Pic tak seindah rasa... tak caya cuba try kome! perghhhh mmg mabeles... hik hik..

Igt skolah je ade papan hitam?? kedai Mee Kari Ami pon ado.. kau Ado????

 Jgn memandang kedai yang simple ni..biasalah kawasan kampung...kedai kecik tp org dr Johor pon sangggup dtg tau. 

 Bertiga lebih secocok... ahhhaiiiii... kami je lah yg ado, nasib baik ade group kakak2 time ni, leh la jd tukang amik gambo kami yg omey3 lotey...

 huahahahha... gile meroyan nenek2 



Sorang anak dara... sorang lg mak dara... Ena?? Anak dara orang la..hahhaa..

Kami lepak kejap je sbb dh nak maghrib..celop2 kaki je...pose2 feeling2...gurau sendee... pastu trus balik anta nek mai balik umah. Dari rumah mak ke sungai jahang @gopeng ni dlm 20min je.... Nanti ade masa free nak bawak ngoi main ayo kat sini lah... :)) #Rinduplaknganngoi

EnaEleena sudah mau tito... jom jom... 





Team Building OEM @ Lost World Tambun

Semalam... 10/01/2013
Weehuuu, OEM memilih Ipoh tempat utk staff buat aktiviti tahunan. Agak fun tp seharian Ipoh hujan. kami mandi & beraktiviti pon dalam hujan. Nasiblah ena tak demam lps abis aktiviti. Disebabkan umah pon dekat ena amik keputusan dok umah je, yang lain mmg stay night kat Hotel.

... kaki sakit, badan sakit, tp tak sangka ena leh buat aktiviti lasak dgn bantuan kawan2 opis. Thanks to them especially angeline..she so take care of me. :))))


Team yang tak besar mana..tp sgt cool & happening!!