Selasa, Januari 14, 2014

Salam Maulidur Rasul :)

14/01/2013
Assalamualaikum.
Salam Maulidur Rasul 1435H. Semoga kita sentiasa memantapkan keyakinan, meningkatkan kecintaan, mencontohi perlakuan dan menghayati Al-Quran dan As Sunnah Rasulullah SAW. Berbanyakkan berselawat.. Sesunguhnya hanya baginda insan terpilih yang terbaik dari kalangan yang terbik. Bersama kita menyambut hari ulang tahun keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah SAW bersabda;

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كان هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ.
Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob RA berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya setiap perbuatan (amal) bergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya.”

Kelebihan Memuliakan Maulidur Rasul

1) Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda "Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpaman ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah"


2) Sayyidina Abu Bakar As -Siddiq RA berkata: "Sesiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam, maka sesunguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga"


3) Begitu suda As-Sirri As Saqati berkata: "Sesiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam, sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam."




Tiada ulasan: