Rabu, Februari 05, 2014

Migrain yang melampau :(

04/02/2014
Semakin hari melayan karenah sakit dlm kepala. Bukan tak nak check, tapi seperti biasa lah doc akan ckp migrain. mmg start dr kecik ena byk penyakit..ohh hoo.. Asthma lah, migrain la, bisul situ la sini lah.. Tp segala yang dtg tu ajar kita erti ketabahan :)





Sakit kepala byk kategori.. silah pilih..haaaa

Ade beberapa tips utk mengurangkan atau boleh menghilangkan migrain (boleh cuba) wlaupun tips ini hanya sementara. At least leh la cover sikit2 sakit tu kan... :=))


1) Rempah Ratus
Cam pelik kan...haaa bahan2 yang pedas yang ada dalam cili merah bole membantu melegakan sakit kepala semasa serangan MIGRAIN.. kire jadi ubat penahan sakit la. 


2) Rendam tangan dalam air sejuk/dingin
Korang leh rendam kedua-dua tangan dalam air sejuk/ais/dingin selagi  boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan MIGRAIN dgn cepat. kadang2 ena tak tahan sgt ena mandi air sejuk terus! puehh hati makk..haha Tapi kalau rendam tangan tu digalakkan untuk membuka dan menutup tangan semasa direndam di dalam air ok :))


3) Berada di dalam bilik gelap
haaa part ni ena paling suka bila sakit.. x kiralah MIGRAIN ke..demam ke..mmg akan dok dlm bilik & bergelap. (tp ade la samar2 sket) Dipercayai apabila cahaya tambahan dan berlebihan akan mendatangkan sakit kepala. Tak caya cuba.. bila sakit tu dtg, dok lah bertapa dalam bilik gelap & relax... sure selepas beberapa jam ia akan cool.. :)--


4) Mengambil sedikit kafein
Satu jumlah yang besar boleh menjadi tidak sihat, tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sbg ubat penahan sakit. Ambil sedikit sahaja ye kawan2.. sure akan rasa perbezaannya. Tp ena tak minum kafein..lain org lain cara.. :)))


5) Menggunakan teknik Acupressure
Salah satu teknik yang paling mudah untuk dipraktikkan.. Teknik acupressure sebenarnya dilakukan dengan melakukan sesuatu di titik tekanan anda. Ketik sebelah kanan dan kiri dahi, bahu dan bahagian dalam pergelangan tangan korang 3 kali untuk mengawal tenaga dan untuk melegakan MIGRAIN.
Selain itu, buat org Islam, kita boleh mengamalkan ayat-ayat Al-Quran yang kita tahu byk khasiatnya. Selalulah baca Ayatul Qursi :))) yang penting kita percaya kepada kelebihan yang ada pada ayat suci.



Ok. sedikit info yang ena leh share.. sebab ena juga salah seorg yang menghidap MIGRAIN Tegar. semoga sama2 kita manfaatkan. okey

Assalamualaikum :)




Tiada ulasan: